BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

My story......

Glitter Text Graphics - http://www.sparklee.com

photo rating


Irwan...
  Zarika tak tau bilakah nama itu akan terpadam dari kamus hidupnya,seorang yang agak kacak,mempunyai ketinggian sederhana serta pendiam.hidupnya penuh dengan Irwan..Irwan..Irwan..perkara yang di sukai&tak di sukai.Kerana Irwan juga lah Zarika kuat berjuang meneruskan hidup.Serasanya dia tak mampu hidup jika Irwan tiada bersama.
 Pertemuan yang bertaut atas nama takdir di pantai 2tahun yang lalu telah membuahkan perkenalan lalu membawa kepada persahabatan yang erat.Hari-hari yang berlalu memesrakan Zarika&Irwan hingga secara tak sengaja menerbitkan pula rasa cinta di hati Zarika.Namun Zarika tak berani meluahkan perasaanya kerana bimbang akan mengeruhkan hubungan mereka.
 Ya!Zarika tertarik dengan sikap bertanggungjawab&ambil berat yang di tunjukkan Irwan ketika membantu Zarika melepaskan diri dari seorang lelaki yang sering mengganggu Zarika,lebih-lebih lagi Irwan juga pernah bersungguh-sungguh mencari Zarika di merata tempat hingga jam 4pagi sewaktu Zarika menyembunyikan diri dari lelaki yang di anggapnya gila itu.
  ******************************************************
           Bintang menyinar dengan gemilang di langit malam itu.
 "Tengok bintang-bintang tu,cantikkan?" Zarika merenung dada langit. "Tapi bukan selalu ada,sama seperti life kita jugak,kita belum tentu dapat bersama macam ni selamanya. Nada suara Zarika agak perlahan. "Suatu hari nanti mungkin kau akan tinggalkan aku setelah kau"
"Shhh.." Irwan meletakan jarinya di bibir Zarika tanda meminta Zarika tak meneruskan kata-kata."Aku takkan pernah tinggalkan kau..Aku sayang kau." 
Zarika terkadu. "Kau buat lawak lagi ya?"  Dengan wajah selamba Zarika berkata.Entah betul,entah kan tak mamat nih.Memang betul aku sukakan dia,tapi hingga saat ni  aku tak pernah harap dia pun sukakan aku.
    "Habis,macam mana?Jadi ke?" Tanya Irwan.
Zarika diam seribu bahasa sambil merenung tepat ke arah Irwan dan tanpa di duga,Irwan menggenggam tangan Zarika erat.
"Maaf Wan,aku tak dapat terima kau." Zarika berdusta,enggan mengakui apa yang tersirat di hatinya.
"Tapi kenapa?" Tanya Irwan.
Zarika menunduk,wajahnya dihuni tetamu sendu,tanpa di pinta ada air mata yang sedang mekar dalam kelopak,perlahan ia bertakung lalu jatuh menimpa tangannya.Zarika menarik nafas panjang."Aku memang sukakan kau,dah lama tapi aku memang tak dapat terima kau sebab aku ni berpenyakit&aku akan tinggalkan dunia ni bila-bila masa je.Aku sepatutnya bagitau kau awal-awal  lagi.Maafkan aku."
"Kau serius?"
"Ya,aku serius.Aku menghidap barah otak sejak sekolah menengah lagi,tapi masa tu tak teruk sangat,baru masuk second stage.Dah lama doktor nasihatkan aku supaya buat operation tapi aku taknak.Aku anggap ini ujian untuk aku,Allah kan Maha Pengasih&Penyayang.Sejak itu aku ambil keputussan untuk hidup dalam keadaan gembira,aku tak mahu sesiapa pon bimbang akan kesihatan aku,dengan itu aku takkan biarkan mana-mana lelaki pun mencintai aku sebab aku tak mahu tinggalkan dia dalam kesedihan&kesepian." Irwan merasa sebak menembus dada.
"Walau apa pun yang jadi aku akan selalu bersama kau,ajal maut itu kan di tangan tuhan,aku kan jaga kau selalu,kau mesti kuat!"
    Zarika merasa hidupnya kembali bersemangat setelah mendengar kata-kata Irwan.Pada saat itu dia yakin untuk menerima Irwan.Sejak itu mereka lebih sering menghabiskan masa bersama&bertemu tiap-tiap kali Irwan tamat waktu berkerja.Irwan berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran terkemuka di bandar itu,manakala Zarika pula belum bekerja,cuma menjadi penulis sambilan cerita-cerita pendek di internet.
  *********************************
   Novel yang tebal itu di tutupnya.Zarika menghelakan nafas panjang sambil memerhati dua orang sepupunya Zulaikha&Mira yang agak tekun mengulang kaji pelajaran,memandangkan tak lama lagi ada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Saat itu wajah Irwan menjelma,Irwan tersenyum,meninggalkan kesan yang damai di hati.Sudah hampir 2 minggu mereka tak bertemu kerana Irwan mengatakan dia agak sibuk kebelakangan ni.Zarika sangat merindui Irwan.
 "Kenapa ni Kak Ika?"
"Haa?Tak ada apa-apalah."
"Tadi Mira tengok Kak Ika senyum sorang-sorang."
Mira mula mencungkil.
"Eyh..Akak okey la."  Balas Zarika,enggan mengakui apa yang tersirat di hatinya.Zulaikha menjeling tajam kerana pengakuan sepupunya itu di rasakan kurang jujur.
  "Zu tau akak fikir pasal Irwan kan?"
"Korang kan dah jarang jumpa,akak patut call dia,ajak jumpa,jangan tunggu dia ajak!" Sampuk Mira.
"Taknak lah,akak takut ganggu dia.Lagipun dia tengah sibuk sekarang,nanti kena marah pulak."
"Apalah akak ni,akak kan girlfriend dia,takkan dia nak marah kot."
   Zarika terdiam.Dia mengambil handphone lalu mendail nombor telefon Irwan,kedengaran tut..tut..tut..tut.. Zarika berputus asa,hampir 10 kali dia mencuba tapi hampa,Irwan tak menjawab panggilannya.
 "Well,anyway mira lapar ni,jom kita keluar makan." Ajak Mira cepat-cepat bila menyedari mereka berada dalam situasi tak menyenangkan.
Zarika,Mira&Zulaikha memilih untuk mengisi perut di medan selera di sebuah pusat membeli belah.Ramai remaja yang melepak di situ,tambahan pula hujung minggu begini.Tiba-tiba dia terpandang sesosok tubuh yang sangat di rinduinya.Zarika terus bangun&merapati Irwan yang seperti sedang menunggu seseorang.
"Wan,tunggu siapa ni?" Sapa Zarika sambil tersenyum.Irwan menoleh.
  "Eyh..Zar.." Irwan sedikit terkejut.Dia cuba memulakan kata-kata walau tiada sepatah pun perkataan yang dapat di luahkan.
"Kenapa ni?Macam nampak hantu je?"
"Tak ada apa-apalah..Zar,wan kena gerak sekarang,nanti kita jumpa ya?Bye!"
Irwan tergesa-gesa berlalu,membuatkan Zarika terpinga-pinga.
****************************************************
 Seminggu kemudian barulah Irwan kembali menghubungi Zarika&mengajak Zarika bertemu.
    Sunyi pagi itu di sinari suria,bayu pula bertiup spoi-sepoi bahasa.Zarika duduk menghadap tasik sambil melihat tarian rumput yang menjadi mainan angin.Di sini di rasakannya sangat tenang.
"Zar!" Panggil Irwan sewaktu Zarika sedang leka menghayati keindahan alam.
"Ya." Sahut Zarika&berpaling.
*************************  
"Kita kawan biasa aja lah ye?Susahlah couple ni.Wan tak nak kecewakan Zar." 
Bukan itu yang Zarika harapkan.Mengapa Irwan memberi harapan&kini menghancurkannya.Zarika tak dapat menerima kenyataan Irwan itu.
"Sampai hati Wan..." Lemah suara Zarika.
"Ala kita kawan macam dulu balik,kawan lagi best.Kenapa Zar ada perasaan yang lain pada Wan ke?"
Zarika mengangguk dengan titisan airmata yang tak putus-putus. "Ya,Zar terlalu sayangkan Wan malah cinta Zar hanya untuk Wan.Zar nak bersama Wan hingga nafaz terakhir Zar,tapi tergamak Wan buat macam ni pada Zar,apa salah Zar?"
 "Tak sangka pulak sampai macam tu sekali." Irwan berkata dengan nada bersahaja.
  Apa maksud semua ini.Insan yang di percayainya memainkan perasaanya sesuka hati.Cepat benar hati manusia berubah.
"Kenapa Wan layan Zar macam ni?Kenapa berpura-pura?Kenapa Wan?Bodohnya Zar  cintakan Wan sepenuh hati." Airmata Zarika tumpah lagi.
"Maafkan Wan ya?Dulu Wan nak bagi semangat tuk Zar teruskan hidup,Wan tak nak Zar cepat putus asa kerana penyakit Zar tu.Wan cuma nak Zar rasa bahagia.Tu je niat Wan.Sudah la ya?Lagipun Wan tak lama lagi akan bertunang dengan perempuan pilihan hati Wan."
   Tiba-tiba kepala Zarika terasa berpusing,dia akhirnya tak mampu mengimbangi badan&kemudian dia rebah.
*****************************************
  Setiap jarum jam berdetik,Puan Alya iaitu ibu Zarika menjenguk ke dalam wad yang menempatkan Zarika.Irwan meminta izin untuk masuk kedalam wad.
 Senyuman terukir di bibir Zarika.
 "Zar,ok?" Zarika menganggukkan kepalanya. "Maafkan Wan ya?"
"Wan,Zar redha dengan semua yang berlaku.Wan tak salah,tapi Zar yang salah kerana mencintai orag yang tak cintakan Zar,tapi sekurangnya Zar pernah bahagia dengan hubungan kita yang sementara tu.Bila Allah telah tarik nyawa Zar..Zar akan meninggalkan semua.Zar harap Wan di berikan kesihatan yang baik&tak akan lalui apa yang Zar lalui.maafkan Zar.....Zar penat,Zar nak rehat.."
 "Zar!Zar!Zar!" Panggil Irwan sambil menggerakkan tubuh Zarika yang sudah kaku.
 Jenazah selamat di kebumikan selepas zohor,hujan renyai-renyai mengiringi suasana pilu petang itu.
Adakah ini namanya takdir?????Hanya Allah yang tau..
 **********************************TAMAT*********************